Langkau ke kandungan
Y5DATA

Dasar Perkhidmatan

Cara Y5DATA menyediakan, melancarkan, menyelenggara dan menyokong sistem anda.

Dikemas kini: 23 Oktober 2026

Proses persediaan

  1. Anda ceritakan masalah bisnes dan kongsi maklumat yang sudah ada.
  2. Kami semak maklumat dan memaklumkan jika ada yang masih diperlukan. Kami tidak meminta anda memuat naik maklumat yang sama dua kali.
  3. Kami sediakan sistem mengikut skop sebut harga.
  4. Anda semak kandungan, harga, skop dan reka bentuk, kemudian luluskan.
  5. Kami lancarkan selepas kelulusan anda.

Kandungan

Kami menyusun kandungan daripada bahan yang anda kongsi. Kami tidak mereka maklumat penting seperti harga, pensijilan, nombor pendaftaran atau dakwaan prestasi. Jika maklumat tidak lengkap, kami bertanya dahulu.

Pusingan semakan

Bilangan pusingan semakan sebelum pelancaran dinyatakan dalam sebut harga. Perubahan besar selepas kelulusan akhir dianggap kerja tambahan.

Penyelenggaraan

Semasa langganan aktif, kami menjaga hosting, SSL, kemas kini keselamatan dan backup standard. Perubahan kandungan kecil mengikut had pelan anda.

Sokongan

Sokongan diberikan melalui WhatsApp dan e-mel pada waktu bekerja. Isu yang menghalang website atau sistem daripada berfungsi diberi keutamaan.

Modul yang belum tersedia

Modul bertanda "Akan datang" belum dijual. Modul bertanda "Perlu semakan dan rundingan" atau "Pembangunan custom" disediakan selepas perbincangan dan sebut harga bertulis.